fbpx

Saiee Manjrekar kerja keras demi bapa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SAIEE MANJREKAR

AKTRES Saiee Manjrekar menyifatkan pengalaman bergelar selebriti sejak masih kanak-kanak banyak membantunya untuk menjadi lebih dewasa dan berfikiran matang walaupun pada usia yang masih muda.

Kata pelakon berusia 23 tahun itu, sejak daripada awal pembabitannya dalam bidang lakonan seawal usia enam tahun, dia telah bekerja keras semata-mata untuk membuatkan bapanya berasa bangga.

“Sejak kecil saya sudah bekerja dan perlu melakukan yang terbaik untuk membanggakan bapa saya.

“Saya sedikit pun tidak berasa tertekan dengan apa yang saya lakukan kerana lakonan juga menjadi minat saya,” ujarnya.

Kata pelakon yang pernah membintangi filem Dabangg 3 itu lagi, lakonan sentiasa menjadi pekerjaan idaman yang diinginkannya sejak dahulu, dia bahkan sangat gembira apabila akhirnya bergelar seorang pelakon.

“Saya tidak kisah terpaksa bekerja keras melakukan pekerjaan yang menggembirakan, selain membuatkan seorang ayah berasa bangga terhadap anaknya,” kata pelakon Ghani itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI