fbpx

Pengunjung zoo cuba hulur tangan ditarik orang utan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR menunjukkan senario seorang lelaki ditarik oleh seekor orang utan di sebuah zoo. – TikTok

JAKARTA – Sebuah klip video tular di media sosial Indonesia kerana memaparkan seorang lelaki yang ditarik oleh seekor orang utan ketika cuba berinteraksi dengannya, lapor laman berita Suara.com.

Video tersebut dimuat naik dalam akaun TikTok @meme.klean. Kejadian dikatakan berlaku di sebuah zoo di Riau.

Rakaman memaparkan seorang lelaki kelihatan memasang kamera di hadapan kurungan seekor orang utan.

Bagaimanapun, ketika cuba berinteraksi dengan menghulurkan tangannya, haiwan itu pantas menarik baju dan kaki lelaki tersebut.

Lelaki itu cuba membebaskan dirinya  sambil meminta tolong tetapi haiwan itu dilihat lebih kuat sehingga dia tidak berjaya melepaskan diri. 

“Ya Allah, saya berserah diri pada ketika itu,” demikian kapsyen pada video berkenaan.

Dia akhirnya berjaya melepaskan diri setelah dibantu oleh pengunjung lain.

Video berkenaan mendapat perhatian netizen di ruangan komen.

“Lelaki itu bertarung untuk menyelamatkan nyawanya,” kata netizen. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI