fbpx

MBS arah henti ubah suai rumah ala ‘kuil’ di Mantin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kerja pengubahsuaian tanpa kelulusan di rumah berkenaan di Taman Surian, Mantin, Seremban telah dihentikan pihak MBS hari ini.

SEREMBAN – Majlis Bandaraya Seremban (MBS) kini sedang menyiapkan proses dokumentasi bagi mengambil tindakan undang-undang lanjut terhadap pemilik sebuah rumah ala ‘kuil’ di Taman Surian, Mantin di sini yang didapati melakukan pengubahsuaian kediaman tanpa kelulusan.

Datuk Bandar MBS, Datuk Masri Razali berkata, pihaknya mengesahkan menerima aduan daripada jiran pemilik rumah tersebut yang mendakwa tindakan pengubahsuaian berkenaan telah menimbulkan rasa tidak selesa mereka.

Beliau berkata, susulan isu tersebut, MBS telah mengeluarkan beberapa kali notis kepada pemilik rumah berkenaan dengan yang terakhir diberikan pada 14 April lalu.

“Kami memang telah berikan notis kepada pemilik untuk merobohkan, namun disebabkan tiada tindakan dan pembinaan terus dilakukan jadi kami bawa ke peringkat seterusnya iaitu bagi tindakan undang-undang,” katanya di sini hari ini.

Sementara itu, tinjauan pemberita di lokasi mendapati rumah tersebut telah diambil tindakan tutup (sealed) oleh penguat kuasa MBS.

Semalam tular di media sosial, dakwaan seorang penduduk berhubung pembinaan rumah tanpa kelulusan di sebelah rumahnya di Taman Surian, Mantin di sini yang boleh menimbulkan rasa tidak selesa penghuni lain di taman perumahan berkenaan.

Dakwanya, walaupun beberapa kali aduan telah dibuat namun tiada tindakan tegas diambil oleh pihak berkuasa tempatan (MBS) melainkan notis memberhentikan kerja pengubahsuaian dikeluarkan kepada pemilik rumah berkenaan. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI