fbpx

Keputusan SPM boleh disemak mulai 16 Jun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 akan dikeluarkan pada 16 Jun depan dan calon boleh mendapatkan keputusan di sekolah-sekolah masing-masing mulai pukul 10 pagi.

Kementerian Pendidikan (KPM) dalam satu kenyataan berkata, bagi calon persendirian, slip keputusan peperiksaan SPM akan dihantar melalui pos pada 16 Jun tersebut.

Di samping itu, katanya, calon sekolah dan calon persendirian juga boleh membuat semakan keputusan melalui beberapa kaedah, antaranya secara dalam talian di pautan myresultspm.moe.gov.my untuk mendapatkan slip keputusan SPM mulai
pukul 10 pagi pada 16 Jun 2022 sehingga pukul 6 petang pada 24 Jun 2022.

“Secara sistem pesanan ringkas (SMS) untuk mendapatkan rumusan keputusan peperiksaan SPM 2021 dengan menaip
SPM<jarak>NoKP<jarak>AngkaGiliran dan hantar ke 15888,” katanya hari ini.

KPM berkata, sistem itu akan diaktifkan mulai pukul 10 pagi pada 16 Jun depan sehingga pukul 6 petang pada 22 Jun 2022. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI