fbpx

Indonesia, Australia sepakat tangani masalah kekurangan bijirin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jokowi (kanan) dan Albanese (kiri) menunggang basikal yang diperbuat daripada buluh ketika bertemu di Istana Presiden di Bogor, semalam. – AFP

JAKARTA – Indonesia dan Australia bersetuju untuk menampung kekurangan bekalan bijirin akibat  perang Rusia-Ukraine dengan menggariskan beberapa strategi bagi meningkatkan kerjasama dalam bidang pengeluaran makanan.

Menurut akhbar Saudi Gazette, pemimpin kedua-dua negara mencapai persetujuan tersebut menerusi pertemuan yang berlangsung di Istana Presiden di Bogor, semalam, dalam rangka lawatan Perdana Menteri Anthony Albanese ke Jakarta.

Menurut Presiden Joko Widodo (Jokowi), adalah penting untuk kedua-dua negara mengukuhkan keselamatan makanan serta mengekalkan bekalan termasuk bijirin.

Beliau berkata, Jakarta dan Canberra komited untuk meningkatkan kerjasama dalam sektor pengeluaran makanan dan bidang lain termasuk tenaga serta menggembleng usaha bersama yang berterusan untuk  memerangi perubahan iklim.

“Kami bertukar pendapat mengenai pelbagai perkara, antaranya perang di Ukraine, kerjasama Indo-Pasifik dan  kerjasama bagi pembangunan di rantau ini.

“Secara amnya, saya menegaskan semula bahawa kedudukan konsisten Indonesia serta hubungan baik antara kedua-dua negara akan  menyumbang kepada keamanan dan kemakmuran serantau.

“Justeru, undang-undang antarabangsa perlu dipatuhi secara konsisten,” kata Jokowi.

Sementara itu, Albanese turut mengumumkan bahawa Australia akan menyediakan geran permulaan sebanyak AS$200 juta (RM879 juta) bagi kerjasama infrastruktur.

Beliau turut mengetengahkan pendekatan baharu bagi peraturan berkaitan visa untuk memastikan Australia lebih menjadi pilihan kepada pelabur, pelancong dan pelajar Indonesia.

Lawatan Albanese ke Jakarta itu merupakan yang pertama buat beliau selepas memenangi pilihan raya umum Australia baru-baru ini. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI