fbpx

Amerika Syarikat akan rampas dua pesawat Roman Abramovich

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR menunjukkan pesawat Gulfstream milik bilionair Russia, Roman Abramovich. - AFP

WASHINGTON – Bekas pemilik kelab bola sepak Chelsea, Roman Abramovich didakwa kerana mengeksport dua pesawat buatan Amerika Syarikat (AS) ke Russia tanpa lesen, lapor akhbar The Sun semalam.

Jabatan Kehakiman AS telah mengarahkan supaya dua pesawat milik bilionair Russia itu disita semalam. 

Pesawat itu didakwa digunakan untuk melanggar sekatan yang dikenakan ke atas Russia kerana menyerang Ukraine.

Menurut Jabatan Kehakiman, dua pesawat itu merupakan sebuah jet eksekutif Boeing 787-8 Dreamliner dan Gulfstream G650ER. Kedua-duanya diterbangkan ke wilayah Russia awal tahun ini sekali gus melanggar sekatan eksport AS.

Dalam surat pertuduhan berkenaan, Jabatan Perdagangan AS berkata, Abramovich menamakan anak-anaknya sebagai penerima manfaat daripada syarikat tersedia yang memiliki dua pesawat itu tetapi dia terus mengawalnya.

Menurut kertas pertuduhan, pendakwa raya persekutuan di AS kini berusaha untuk merampas kedua-dua pesawat itu.

Abramovich telah dikenakan sekatan di Britain dan Kesatuan Eropah (EU) kerana didakwa mempunyai kaitan dengan Presiden Vladimir Putin dan Kremlin walaupun telah mengelak sekatan rasmi di AS. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI