fbpx

1RAMD sertai perbarisan meraikan Jubli Platinum Ratu Elizabeth II

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar perbarisan yang disertai pasukan 1 RAMD sempena sambutan ulang tahun ke-70 Pemerintahan Ratu Britian, Ratu Elizabeth II.

PETALING JAYA – Pasukan Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja (1 RAMD) adalah antara kontinjen dari 21 negara Komanwel yang mengambil bahagian dalam Pertandingan Jubli Ratu sempena meraikan sambutan ulang tahun ke-70 Pemerintahan Ratu Britian, Ratu Elizabeth II.

Perbarisan tersebut diadakan di kota London, United Kingdom pada Ahad lalu dengan menyaksikan kibaran bendera jalur Gemilang yang dibawa oleh anggota 1 RAMD terlibat.

Menerusi perkongsian video oleh Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein di laman Facebook, beliau menyifatkan penglibatan anggota dari Angkatan Tentera Malaysia (ATM) itu adalah sebagai penghormatan yang diberikan kepada Malaysia.

“Ya, yang putih, seragam dan sederap tu perajurit Angkatan Tentera Malaysia kebanggaan kita! Dari Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja (1 RAMD). Terbang jauh ke United Kingdom demi kibarkan Jalur Gemilang.

“Kerana prestij dan penghormatan, ATM dijemput sertai Sambutan Ulang Tahun Ke-70 Sempena Pemerintahan Her Majesty The Queen selaku Pemerintah Tertinggi United Kingdom,” katanya dalam satu hantaran semalam.

Dalam pada itu, rakaman tersebut menjadi tular di media sosial apabila mendapat perkongsian yang banyak daripada pengguna Facebook dan Twitter.

Rata-ratanya kagum dan bangga melihatkan anggota ATM mampu berdiri setanding pasukan hebat negara yang lain.

“Kami bangga jadi rakyat Malaysia, pertahanan negara memang patut dibanggakan, satu penghormatan buat Malaysia kerana terpilih menyertai perbarisan dihadapan Ratu Elizabeth II,” komen Azhar Mazni.

“Tak sangka ATM pun ada dekat sana, syabas!,” puji Lin Yee.

“Rasanya perbarisan dari Malaysia paling kemas, lengkap berbaju Melayu, sampin dan songkok, memang memartabatkan kemelayuan negara,” kata Atikah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI