fbpx
Tiga wanita Indonesia serta seorang lelaki tempatan ditahan malam tadi kerana disyaki menjalankan kegiatan pelacuran.

Tiga wanita Indonesia disyaki pelacur ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Tiga wanita warga Indonesia ditahan kerana disyaki menawarkan khidmat urut dan layanan seks dalam serbuan di sebuah premis sekitar Taman Gembira, di sini malam tadi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata, serbuan itu dijalankan Bahagian Siasatan Jenayah Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Kuala Lumpur pada pukul 8.10 malam tadi.

“Hasil serbuan kita menahan tiga wanita warga Indonesia disyaki pelacur serta seorang lelaki tempatan yang merupakan penjaga premis terbabit berusia lingkungan 33 hingga 47 tahun.

“Kita juga memberkas dua lelaki berusia 36 dan 51 tahun dipercayai pelanggan yang ingin mendapatkan khidmat urut serta layanan seks di premis berkenaan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Jelasnya, siasatan awal mendapati pelanggan perlu membayar RM140 bagi satu sesi untuk mendapatkan khidmat layanan wanita asing terbabit.

Susulan itu, polis juga merampas beberapa barang seperti telefon bimbit, tuala mandi, minyak urut dan wang tunai untuk tindakan selanjutnya.

Mengulas lanjut, pihaknya mendapati premis tidak berlesen itu dipasang jeriji bagi menyukarkan tindakan pihak berkuasa dan dipercayai beroperasi kira-kira dua bulan lalu.

“Kesemua suspek dan rampasan telah dibawa ke balai polis berhampiran untuk tindakan lanjut di bawah Seksyen 372(b) Kanun Keseksaan, Seksyen 373 Kanun Keseksaan dan Akta Imigresen 1959/63,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN