fbpx

Pengembara transit di Singapura positif cacar monyet

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lelaki yang memulakan perjalanan dari Barcelona itu bagaimanapun kekal di kawasan transit dan berlepas ke Australia pada hari sama. - The Telegraph

SINGAPURA – Seorang pengembara yang melakukan transit di Lapangan Terbang Antarabangsa Changi untuk ke Australia pada 2 Jun lalu telah disahkan positif wabak cacar monyet, lapor laman berita Mothership hari ini.

Lelaki yang memulakan perjalanan dari Barcelona, Sepanyol itu disahkan positif oleh Kementerian Kesihatan New South Wales sejurus tiba di sana dan menjalani ujian saringan.

Dalam satu kenyataan hari ini, Kementerian Kesihatan (MOH) berkata, pihaknya telah dimaklumkan mengenai kes yang disahkan kelmarin itu oleh pihak berkuasa Australia.

Pelawat itu tiba di Sydney pada 3 Jun lalu dan diuji positif  cacar monyet di sana.

Menurut MOH, lelaki itu kekal di kawasan transit di Lapangan Terbang Antarabangsa Changi sehingga berlepas ke Sydney pada hari yang sama dan tidak melawat kawasan lain di sana.

“Memandangkan kes itu tidak memasuki Singapura atau berinteraksi dengan orang dalam komuniti, pada masa ini tiada risiko penularan komuniti yang ketara,” kata MOH dalam satu kenyataan.

Namun sebagai langkah berjaga-jaga, MOH telah melakukan pengesanan kontak untuk dua penerbangan yang terjejas dan mereka yang mungkin telah bersentuhan dengan pengembara di kawasan transit lapangan terbang. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI