fbpx

G-Dragon beli penthouse RM57.5 juta tunai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
G-DRAGON

“DIA memang kaya!”

Demikian komen peminat susulan laporan media Korea Selatan mendedahkan penyanyi terkenal G-Dragon baru sahaja membeli sebuah kediaman mewah penthouse.

Anggota kumpulan Big Bang itu dikatakan membeli sebuah rumah, Nine One Hannam terletak di Yongsan-gu, Seoul pada harga 16.4 bilion won bersamaan RM57.5 juta.

Lebih mengejutkan peminatnya apabila penyanyi yang terkenal dengan jolokan ikon fesyen K-pop itu membeli rumah yang dilaporkan sebagai kediaman paling mahal bagi 2022 tersebut secara tunai.

Dia membeli kediaman yang berkeluasan 2,624 kaki persegi tersebut pada hujung Mac lalu.

Seperti dalam laporan media, kompleks perumahan tersebut mengalami peningkatan harga sebanyak 49 peratus bersamaan 3.07 bilion won (RM1.07 juta) pada tahun ini berbanding tahun lepas.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI