fbpx

Agong kurnia gelaran Tun kepada bekas panglima ATM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Istana Negara.

PETALING JAYA- Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mengurniakan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan kepada 1,021 penerima bersempena Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong Tahun 2022 hari ini.

Dalam istiadat pengurniaan yang berlangsung di Istana Negara hari ini, Bekas Panglima Angkatan Tentera (ATM), Jeneral Tan Sri Mohamed Hashim Mohd. Ali mendahului senarai penerima apabila dikurniakan Darjah Kebesaran Seri Setia Mahkota yang membawa gelaran Tun.

Seterusnya, seramai 18 penerima termasuk Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Razarudin Husain dikurniakan Darjah Kebesaran Panglima Setia Mahkota yang membawa gelaran Tan Sri.

Antara penerima lain gelaran itu termasuklah Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya, Datuk Abdul Ghani Salleh; Panglima Tentera Udara, Jeneral Datuk Seri Mohd. Asghar Khan Goriman Khan; Bekas Menteri Kesihatan, Datuk Seri S. Subramaniam; Bekas Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh dan Bekas Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob.

Dalam pada itu, seramai 23 penerima dikurniakan Darjah kebesaran Panglima Jasa Negara yang membawa gelaran Datuk manakala seramai tiga penerima lain dikurniakan Darjah Kebesaran Panglima Setia Diraja yang turut membawa gelaran Datuk.

Antara penerima Darjah Kebesaran Panglima Jasa Negara termasuklah Ketua Pengarah Bahagian Penyelidikan, Jabatan Perdana Menteri, Datuk Rostam Affendi Salleh; Hakim Mahkamah Tinggi Kuching, Tuan Azahari Kamal Ramli; Bekas Pemain Badminton Negara, Foo Kok Keong dan Ketua Polis Kedah, Wan Hassan Wan Ahmad.

Selain itu, Pengerusi Jemaah Tertinggi Bakat ATM, Yang Mulia Tengku Puteri Seri Teja Puan Seri Datuk Tengku Muhaini Sultan Ahmah Shah juga dikurniakan Darjah Kebesaran Panglima Jasa Negara yang turut membawa gelaran Datuk.

Turut menerima gelaran sama ialah Timbalan Panglima Tentera Darat, Leftenan Jeneral Datuk Seri Mohammad Ab. Rahman; Panglima Tentera Laut, Laksamana Madya Datuk Abdul Rahman Ayob; Timbalan Panglima Tentera Udara, Leftenan Jeneral Datuk Indera Mohammad Salleh Osman dan Panglima Armada Timur, Laksamana Madya Datuk Sabri Zali. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI