fbpx

Netizen nak tumbuk Wan Raja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
WAN RAJA

DAH kenapa pula muka pelakon Wan Raja mahu ditumbuk netizen? Apa salah pelakon itu sampai orang marah sangat dengan dia?

Terkejut Diva sampai urut dada apabila dapat tahu perkara ini. Tapi jangan cepat salah faham, rupa-rupanya netizen yang dikhabarkan terdiri daripada kumpulan mak cik-mak cik itu marahkan Wan Raja sebab geram dengan watak lakonannya dalam drama Dendam Seorang Isteri.

Disebabkan wataknya sebagai Harris dalam drama tersebut, netizen terbawa-bawa emosi marah, namun pada masa sama memuji keberkesanan lakonannya.

Kata Wan Raja, disebabkan drama tersebut, namanya semakin dikenali ramai. Baguslah kalau begitu. Sekurang-kurangnya lakonan Wan Raja memberi impak kepada penonton.

Makin laku keras lah selepas ini. Diva doakan semoga sentiasa dimurahkan rezeki oleh Allah SWT.

DIVA: Kasihan Jasmin Hamid, dek mulut netizen yang menuduh punca dirinya mendapat serangan jantung kerana berkahwin dengan ‘pucuk muda’.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI