fbpx

Tiga suspek dikehendaki kes rusuh rebut teman wanita

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dari kiri : Zhen Yang, Sebastian dan Jia Jing yang dikehendaki polis

KLANG – Polis kini memburu tiga lelaki termasuk seorang remaja yang dikehendaki berhubung kejadian merusuh menggunakan kayu besbol di sebuah restoran di Taman Ehsan Jaya di sini, minggu lalu.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, ketiga-tiga mereka dikenali Ho Zhen Yang, 22 ; Sebastian Low Jhun Yung, 21 dan Chan Jia Jing,17.

“Ketiga-tiga suspek ini telah dijadikan sebagai ‘Orang Dikehendaki’ atau ‘Wanted Person’ bagi membantu siasatan.

“Justeru, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan suspek ini diminta untuk menyalurkannya terus kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan di talian 03-33719999 atau mana-mana
balai polis yang berhampiran,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau menjelaskan kertas siasatan berhubung kes itu telah dilengkapkan dan dirujuk ke Timbalan Pendakwa Raya serta telah mendapat arahan untuk menuduh enam suspek dibawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan.

Ujarnya, manakala seorang suspek dijadikan saksi pendakwaan dan dua suspek lagi dibebaskan tanpa syarat.

“Keenam-enam suspek telah dituduh di Mahkamah Klang pada 1 Jun lalu dengan mereka mengaku tidak bersalah dan telah ditawarkan jamin mahkamah,” tegasnya.

Kosmo! 25 Mei lalu melaporkan Hanya kerana berebut teman wanita, sekumpulan pemuda bersenjatakan kayu besbol memukul seorang lelaki dalam kejadian di sebuah restoran di Taman Ehsan Jaya di sini.

Susulan kejadian tersebut, sembilan suspek berusia 14 hingga 21 tahun diberkas sekitar kawasan Kapar dan daerah Klang. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI