fbpx

Wanita mengandung ketika sedang hamil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR hiasan. Cara Winhold pernah tiga kali keguguran dengan yang paling akhir hampir membunuhnya. - NDTV

AUSTIN, TEXAS – Seorang wa­nita di Texas, Amerika Syarikat (AS) disahkan mengandung setelah sebulan hamil, lapor laman berita Wion News kelmarin.

Cara Winhold, 30, kemudian selamat melahirkan bayi lelaki kembar seiras selang enam minit. Dia hamil Februari tahun lalu sebelum disahkan mengan­dung sekali lagi sebulan kemudian.

Keadaan yang jarang berlaku itu dinamakan superfetasi apabila kehamilan disahkan semasa kehamilan sedia ada. 

Ia boleh berlaku dalam masa beberapa hari atau minggu selepas kehamilan pertama, demikian menurut laman web kesihatan AS, Healthline. 

“Saya berkata kepada doktor, Apa yang berlaku? Dia (bayi) tidak berada di sana ketika awal pemeriksaan.

“Doktor berkata bahawa saya berkemungkinan besar menga­lami ovulasi dua kali, mengeluarkan dua telur dan disenyawakan pada masa yang berbeza kira-kira seminggu. Saya seratus peratus percaya bahawa kehamilan ini adalah satu keajaiban,” kata Winhold kepada akhbar Metro.

Winhold dan suaminya mempunyai anak lelaki pertama mereka pada 2018. Dia kemudian mengalami tiga kali keguguran ketika cuba menambahkan zuriat. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI