fbpx

P. Pinang mulakan proses pra-kelayakan bagi komponen LRT Bayan Lepas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ZAIRIL KHIR JOHARI

GEORGE TOWN – Kerajaan negeri Pulau Pinang akan memulakan proses pra-kelayakan bagi mengenal pasti syarikat-syarikat yang berminat dan berkelayakan bagi melaksanakan komponen Transit Aliran Ringan (LRT) Bayan Lepas pada suku kedua tahun ini.

Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur dan Pengangkutan negeri, Zairil Khir Johari berkata, proses tersebut kemudiannya disusuli dengan Request For Proposal (RFP) dalam suku ketiga tahun ini di mana kerajaan negeri akan mempelawa syarikat yang berminat dan mempunyai pengalaman untuk mengemukakan cadangan mereka.

”Kerajaan negeri akan melantik syarikat yang paling layak dan sesuai untuk melaksanakan komponen ini.

”Selain cadangan dari segi teknikal, syarikat yang menyertai RFP juga dikehendaki mencadangkan model pembiayaan bagi melaksanakan komponen LRT,” katanya dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini hari ini.

Menurut beliau, sebagai contoh, pembida boleh mencadangkan kaedah pembayaran balik (recoupment) seperti hak pembangunan, pertukaran tanah (land swap), hasil pengiklanan, dan pendapatan farebox (tambang).

Dalam pada itu, Zairil berkata, selain menggunakan proses RFP untuk mendapatkan cadangan dan model pembiayaan, kerajaan negeri juga meneruskan usaha memohon peruntukan daripada Kerajaan Pusat melalui Rolling Plan Ke-3 dalam Rancangan Malaysia Ke-12.  – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI