fbpx

Iqbal dapat jam Rolex RM100,000, netizen minta resit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HADIAH jam tangan mewah jenama Rolex yang diterima Iqbal daripada seorang usahawan dikenali sebagai Datin Reena.

PETALING JAYA – Sedar dirinya akan menjadi sasaran kecaman netizen jika berkongsi sesuatu dalam media sosial, usahawan kontroversi Iqbal Zulkefli bagaimanapun sudah lali dengan perkara tersebut.

Terbaharu, Iqbal, 27, memuat naik sebuah video dia menerima seutas jam tangan mewah jenama terkenal, Rolex bernilai RM100,000 pemberian seorang usahawan wanita.

Menerusi hantaran yang dimuat naik dalam Instagram miliknya, bekas pembantu peribadi usahawan Datuk Seri Vida itu kelihatan teruja mengambil bungkusan yang diletakkan di dalam kereta Ferrari merah milik usahawan yang dianggap seperti kakaknya, dikenali sebagai Datin Reena.

“Tidak pernah saya terima hadiah semahal ini. Jam Rolex ini saya tunggu sudah dua tahun untuk membelinya. Akhirnya dapat hadiah daripada kakak yang berbudi sejak sekian lama, Datin @reenazach,” tulis Iqbal.

Kongsi pelantun lagu Hujan itu lagi, dia sudah mengenali wanita itu sejak 10 tahun lalu ketika hidup susah sewaktu bersendirian ketika merantau ke Kuala Lumpur.

“10 tahun lalu, ketika saya kesusahan dan tinggal sendirian di Kuala Lumpur. Satu-satunya insan yang saya berani untuk meminjam wang ialah kakak Reena. Dia kutip saya, bawa saya belajar bekerja. Kami keluar rumah seawal pukul lima pagi,” ujarnya.

Iqbal mendakwa, ada ketikanya dia tidak mampu untuk membeli nasi bujang kerana ketiadaan wang, namun enggan meminta-minta.

Ujar Iqbal lagi, dia tidak memandang harga barangan (hadiah) yang diterimanya semata-mata, sebaliknya lebih menghargai ikatan persaudaraan antara dirinya dengan wanita itu.

“Bukan harga barangan yang saya lihat, namun nilai ikatan yang kami jaga. Ada suatu ketika, nasi pun saya tidak mampu makan (beli). Saya tidak bersikap meminta-minta.

“Lihatlah, betapa baiknya Allah SWT hantarkan kakak, berikan saya makan dan tempat tidur. Terima kasih kakakku yang baik hati.

“Semoga hubungan ini berpanjangan di dunia dan akhirat. Saya doakan kakak dimurahkan rezeki, diberi kesihatan dan kelapangan hati,” kata Iqbal.

Dalam ruangan komen, rata-rata pengikutnya turut berkongsi rasa teruja melihat Iqbal menerima pemberian hadiah mewah tersebut.

Namun, seperti biasa, terdapat juga segelintir komen mengusik Iqbal atas hadiah yang diterimanya.

“Orang kaya dapat hadiah kaya. Orang biasa-biasa dapat hadiah biasa-biasa,” komen seorang pengikutnya.

“Jangan-jangan jam buatan China (tiruan),” gurau seorang netizen.

“Tunjuklah resit RM100,000 orang nak tengok. Tak dapat jam, tengok resit pun jadilah,” kata seorang lagi pengikutnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI