fbpx

Guru sekolah agama ditahan cabul pelajar perempuan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KOTA BHARU – Seorang guru mata pelajaran matematik dan sains di sebuah sekolah menengah agama di Kuala Krai dekat sini dicekup selepas dipercayai mencabul seorang pelajar perempuan di sekolah tersebut dua tahun lalu.

Suspek yang berusia 36 tahun itu ditahan kira-kira pukul 10.30 malam tadi semasa hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Krai selepas mangsa membuat laporan pada pukul 12.09 tengah hari.

Pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, berdasarkan keterangan mangsa, pelajar yang kini berusia 16 tahun sembilan bulan itu kali pertama dicabul suspek pada bulan Mac 2020 di hadapan kawasan Majlis Daerah Kuala Krai.

Menurutnya, selain itu, guru berkenaan juga telah mengganggu mangsa dengan menghantar gambar-gambar lucah melalui aplikasi WhatsApp kira-kira dua bulan kemudian.

“Mangsa telah dipanggil oleh guru tersebut ke makmal sains kira-kira pukul 9.30 pagi sekitar bulan Januari tahun lalu dan mencabul pelajar terbabit.

“Kejadian tersebut berulang sebanyak tujuh kali di tempat sama, namun pada hari yang berlainan,” katanya dalam satu kenyataan sebentar tadi.

Menurut Muhamad Zaki, siasatan mendapati, suspek merupakan guru mata pelajaran sains dan matematik selain ujian saringan air kencing mendapati suspek negatif dadah.

Katanya, suspek ditahan reman selama lima hari bermula hari ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI