fbpx

FMM sokong pelaksanaan semula GST

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pengenalan semula GST memerlukan mekanisme yang tepat bagi memantau harga dan mengekang pencatutan di pasaran. – Gambar hiasan

PETALING JAYA – Persekutuan Pengilang Malaysia (FMM) meng­alu-alukan ucapan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang membayangkan untuk memperkenalkan semula cukai barangan dan perkhidmatan (GST) pada kadar yang tidak membebankan rakyat.

Presidennya, Tan Sri Soh Thian Lai berkata, pihaknya berpanda­ngan GST adalah rejim cukai yang lebih telus dan berkesan berbanding cukai jualan dan perkhidmatan selain mampu memperluaskan asas hasil negara, seterusnya mengurangkan nisbah hutang kerajaan serta mempercepatkan langkah penyatuan fiskal.

“Berdasarkan tinjauan yang dijalankan FMM mengenai pe­ngenalan semula GST pada Mei 2020, sebanyak 499 syarikat yang memberi respons menyokong kuat GST kerana ia menyediakan struktur cukai lebih adil dan menghapuskan elemen pengkompaunan cukai yang se­ring ada pada SST.

“Eksport Malaysia juga akan menjadi lebih berdaya saing ke­rana tiada GST dikenakan ke atas eks­port barangan dan perkhidmatan, manakala kos GST ke atas input boleh diperolehi semula di sepanjang rantai pembekalan.

“Disebabkan sistem asas cukai yang luas ini akan meningkatkan cukai tidak langsung, ia akan memberi kelonggaran kepada kerajaan untuk mengurangkan cukai langsung seperti pendapatan dan korporat untuk menjadikan Malaysia destinasi perniagaan yang lebih menarik,” katanya dalam satu ke­nyataan semalam.

FMM mencadangkan kadar GST pada empat peratus, manakala semua barangan dan perkhidmatan perlu pada kadar sifar.

Menurut Thian Lai, tumpuan kerajaan kini ialah menghidupkan semula ekonomi, jadi pe­ngenalan semula GST tidak sepatutnya dipertimbangkan secara berasingan, sebaliknya perlu dilaksanakan sebagai sebahagian daripada penilaian holistik sistem cukai di Malaysia.

“Pertukaran kepada GST tidaklah sukar kerana sistem pematuhannya telah ada, namun syarikat meminta tempoh peralihan selama enam bulan berdasarkan tinjauan kami sebelum ini,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI