fbpx

13 menteri wanita dalam kerajaan baharu Australia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANTHONY Albanese (tengah) bergambar bersama menteri-menteri wanita termasuk menteri wanita Islam pertama, Anne Aly (belakang kanan). - voa news

CANBERRA – Kerajaan baharu Australia yang mengangkat sumpah kelmarin turut merangkumi 13 wanita termasuk wanita Islam pertama dan Orang Asli kedua yang dilantik sebagai menteri Hal Ehwal Orang Asli, lapor akhbar Saudi Gazette, kelmarin.

Majlis angkat sumpah dihadapan Gabenor Jeneral, David Hurley di ibu negara Australia, Canberra itu diadakan 11 hari selepas Perdana Menteri baharu, Anthony Albanese memimpin Parti Buruh untuk memenangi pilihan raya umum.

“Bangga untuk memimpin sebuah kerajaan yang inklusif dan berbilang bangsa seperti Australia. Selamat datang kepada semua ahli baharu Parti Buruh,” kata Albanese dalam kenyataan di laman Twitter.

Menteri belia, Anne Aly ialah menteri wanita Islam pertama di Australia, manakala Menteri Perindustrian dan Sains, Ed Husic adalah orang Islam pertama yang berkhidmat dalam Kabinet.

Dalam pada itu, Linda Burney pula menjadi wanita pertama dan orang Asli kedua berkhidmat sebagai menteri Hal Ehwal Orang Asli.

Albanese dan Menteri Luar, Penny Wong telah mengangkat sumpah awal minggu lalu supaya mereka boleh terbang ke Tokyo untuk sidang kemuncak bersama Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden, Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida dan Perdana Menteri India, Narendra Modi.

Daripada 30 menteri yang dilantik ke dalam kerajaan baharu itu, hampir separuh daripada mereka adalah wanita. Wanita juga memegang rekod 10 daripada 23 peranan teras Kabinet.

Dengan beberapa undi masih perlu dikira daripada pilihan raya pada bulan lalu, Parti Buruh Australia telah memperoleh bilangan kerusi yang cukup untuk kemenangan majoriti daripada 150 kerusi Dewan Perwakilan.

Kabinet pimpinan Albanese termasuk sebilangan muka baharu serta ahli Parlimen yang berkhidmat dalam kerajaan Buruh terdahulu yang kali terakhir memegang kuasa sembilan tahun lalu. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI