fbpx

Bekalan air cukup 8 bulan jika berlaku kemarau

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

SHAH ALAM – Bekalan air untuk penduduk Lembah Klang mencukupi untuk tempoh lapan bulan sekiranya berlaku kemarau yang dijangka pada tahun 2025.

Pengarah Lembaga Urus Air Selangor (LUAS), Hasrolnizam Shaari berkata, bekalan air itu diperoleh menerusi tiga kaedah iaitu empangan yang mampu menampung selama empat bulan.

Menurut beliau, selebihnya bekalan diperoleh melalui kolam takungan dan air bawah tanah yang boleh menampung selama dua bulan.

“Kita mampu mengeluarkan bekalan air sebanyak 5,000 juta liter sehari yang bersamaan dengan jumlah pengeluaran ketika ini.

Hasrolnizam (enam dari kiri) bersama pengamal media pada majlis hi-tea hari ini. /FOTO AFIQ RAZALI

“Jadi, tiada sebarang masalah dan dalam masa sama diharapkan masyarakat terus menjaga kualiti air dengan mengelak sebarang insiden pencemaran,” katanya kepada pemberita pada majlis Hi-Tea bersama pengamal media hari ini.

Jelas beliau, ketika ini, terdapat seramai 6.5 juta penduduk di Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya yang merupakan pengguna bagi bekalan air tersebut.

“Sekiranya terdesak, kita akan membawa sistem rawatan air di lokasi-lokasi penyimpanan air pada musim kemarau sebelum disalurkan kepada pengguna,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Hasrolnizam berkata, Zero Disharge Policy (ZDP) akan dilaksanakan selewat-lewatnya pada Ogos ini tertakluk kepada keputusan kerajaan negeri.

“Kita mahu memastikan komitmen semua pihak dari segi pelepasan air digunakan mereka setiap hari untuk operasi khususnya di kilang atau premis.

“Kos atau bayaran bagi ZDP ini masih dalam sesi libat urus dengan pihak berkepentingan dan kilang. Bayaran dikenakan bukan untuk kayakan LUAS sebaliknya akan digunakan balik bagi tujuan pemuliharaan persekitaran termasuk sungai, parit dan muara,” katanya. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI