fbpx

Personaliti wanita Astro, bekas atlet meriahkan NSL

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SAINGAN Sooka NSL 2022 yang membuka tirai Jumaat ini dijangka lebih meriah dan hangat dengan kehadiran personaliti wanita Astro dan bekas atlet yang mengupas serta menganalisa setiap perlawanan.

 

DAYANG ZAINATULL AQMA

Assalamualaikum dan hai kepada semua pembaca Kosmo! Dayang berbesar hati sangat dijemput mengisi kolum Kosmo! pada kali ini, terutama sekali untuk berbicara mengenai Sooka NSL 2022 yang akan membuka tirai Jumaat ini.

Bila diberitahu pihak Astro Arena bahawa Dayang bukan sekadar mengendalikan program studio Interval sahaja seperti musim lepas tetapi turut serta bersama production team mengacarakan liputan secara langsung di Stadium Juara. Wah, rasa seperti superwoman boleh terlibat sama dengan sukan wanita nombor satu Malaysia!

Musim lepas Interval sangat best dan sangat happening, tetapi Dayang sekadar berkongsi info dan maklumat dari studio Astro Arena sahaja. Kadang-kadang rasa tidak puas sebab banyak lagi yang boleh dikopek dan dikupas seandainya Dayang berada di stadium.

Musim ini pasti meriah memandangkan dengan kehadiran lebih ramai personaliti wanita Astro Arena serta bekas pemain bola jaring kebangsaan selaku pakar, siaran langsung yang kami bawakan dijamin lebih mengancam dan menyengat!

Semasa majlis pelancaran Sooka NSL baru-baru ini juga diumumkan bahawa format sudah berubah, dua pasukan tercorot akan tersingkir dan membuka ruang dua pasukan baharu sertai musim depan.

Ketika pengumuman ini dilakukan, kapten-kapten pasukan yang turut hadir semua terkejut dan ini jelas menunjukkan bahawa tahap kompetitif Sooka NSL kali ini sudah berlipat ganda.

Dayang dan beberapa orang rakan setugas lain seperti Lily Hamzah dan Syaidatul Afifah akan mengacarakan perlawanan dari gelanggang sementara personaliti Astro Arena seperti Suzana Basri dan legenda bola jaring negara, Fazdlun Abas akan menjadi pengulas perlawanan.

Nantikan kemunculan kami bermula 3 Jun ini sehingga 26 nanti, sama-sama kita #RuleTheCourt bersama Sooka NSL 2022 di Astro Arena!

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI