fbpx

Tiada kawalan harga perkhidmatan vaksin di fasiliti swasta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Azmi bercakap kepada pemberita selepas merasmikan sambutan Majlis Hari Tanpa Tembakau Sedunia 2022 di SJKC Choong Wen, Jalan Klang Lama hari ini.

KUALA LUMPUR – Kerajaan tidak menetapkan kawalan harga bagi perkhidmatan suntikan dos vaksin Cavid-19 yang ditawarkan di fasiliti kesihatan swasta mulai esok.

Timbalan Menteri Kesihatan I, Datuk Dr. Noor Azmi Ghazali berkata, bayaran vaksin tersebut adalah bergantung sepenuhnya kepada pihak swasta.

“Ini kerana bukan sahaja mereka perlu membeli vaksin malah perlu mengambil kira berkenaan kos konsultasi, perkhidmatan dan sebagainya. Kita tiada kawalan mengenai perkara tersebut.

“Selepas ini, mereka yang ingin mendapatkan dos pertama, mereka perlu pergi kepada fasiliti kesihatan swasta yang terdekat,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan sambutan Majlis Hari Tanpa Tembakau Sedunia 2022 di SJKC Choong Wen, Jalan Klang Lama hari ini.

Mengulas lanjut, Azmi berkata, pihaknya kini masih memberi fokus utama kepada pemberian suntikan vaksin Covid-19 kepada kanak-kanak yang belum mencecah usia lima tahun lagi.

“Dianggarkan lebih 500,000 kanak-kanak lagi akan diberikan suntikan dos vakksin pertama apabila usia mereka mencecah lima tahun menjelang 31 Mei sehingga 31 December nanti,” ujarnya.

Sejak PICKids dilancarkan pada 3 Februari lalu, sejumlah 1,720,411 kanak-kanak berusia lima tahun hingga 11 tahun menerima dos vaksin Covid-19 pertama manakala sebanyak 33 peratus telah lengkap dua dos. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI