fbpx

Pasangan kekasih ‘dalang’ sindiket dadah terbesar tersungkur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ayob Khan (kiri) menunjukkan peralatan memproses dadah yang digunakan sindiket itu pada sidang akhbar di Menara 1, Bukit Aman hari ini.

KUALA LUMPUR – Sindiket memproses dan mengedar dadah terbesar di negara ini berjaya ditumpaskan dengan penahanan pasangan kekasih yang disyaki dalang utama menerusi empat serbuan di ibu negara pada 26 Mei lalu.

Pasangan tersebut diberkas bersama dua lagi individu yang berusia 48 hingga 56 tahun bersama serbuk dadah jenis MDMA dan ekstasi yang dianggarkan bernilai RM26.5 juta.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, pasukan JSJN Bukit Aman bersama JSJN Kuala Lumpur telah melancarkan empat serbuan di ibu negara mulai pukul 4.30 petang hingga 11.30 malam.

“Melalui hasil serbuan itu, pihak polis berjaya memberkas empat individu, seorang lelaki tempatan dan tiga wanita warga China berusia 48 hingga 56 tahun yang disyaki terlibat dengan kegiatan memproses dan mengedar ekstasi untuk pasaran tempatan.

“Suspek lelaki dan salah seorang suspek wanita merupakan pasangan kekasih dan disyaki dalang utama kegiatan tersebut. Suspek wanita disyaki belajar cara-cara memproses dadah daripada kekasihnya itu.

“Hasil semakan awal mendapati kesemua suspek wanita berada di negara ini antara empat hingga lima tahun lalu dan mereka disyaki masuk ke negara ini menggunakan pas lawatan sosial,” ujarnya pada sidang akhbar di Menara 1, Bukit Aman dekat sini hari ini.

Menurutnya, menerusi hasil serbuan itu juga, pihak JSJN berjaya merampas serbuk MDMA dan ekstasi 264.3 kilogram (kg) yang dianggarkan bernilai RM26.5 juta.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI