fbpx

Angkara Kamal Haasan, Kuala Lumpur sesak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kamal Haasan ketika tiba di NU Sentral, Kuala Lumpur hari ini

PETALING JAYA – Kalau sudah namanya hero, tidak kira di mana tempat beliau ada pasti sahaja ramai peminat yang akan hadir untuk melihat lebih dekat pelakon pujaan mereka.

Terkini, pelakon veteran dari India, Kamal Haasan yang kini mencecah umur 67 tahun tiba di Kuala Lumpur bagi mempromosikan filem terbaru lakonannya.

Filem yang diberi judul Vikraam itu dilaporkan akan menemui penonton di pawagam-pawagam seluruh negara bermula 3 Jun nanti.

Hero pujaan ramai itu ketika hadir ke NU Sentral Kuala Lumpur hari ini turut mempamerkan auranya yang tersendiri apabila berjaya mengumpul beribu peminat tempatannya.

Dilaporkan jalan di kawasan sekitar NU Sentral pada tengah hari tadi sesak dengan peminat-peminat hero kelahiran Paramakudi, India itu.

Rata-rata orang ramai juga turut teruja untuk menyaksikan secara dekat hero lama itu disamping tidak sabar untuk menyaksikan filem terbarunya.

“Tak tengok filem dia lagi pun dah tahu macamana aura hero ini, penuh NU Sentral tadi. Kalau dengan artis kita tidak akan ada himpunan manusia macam tu.

“Rasa tidak sabar untuk menonton filem Vikraam nanti, katanya aksi Kamal memang padu dalam filem kali ini,” jelas Masliha Najwa.

“Terkejut aku masa lalu dekat mall tu tadi, ingat kan bergaduh ke apa, rupanya Kamal Hasaan yang datang. Kalah artis K-Pop kalau tengok tadi,” kata Najibah Ramli.

Menurut beberapa portal filem antarabangsa, Filem Vikraam ketika ini merupakan filem yang paling dinanti dan berada pada tangga teratas pencarian di beberapa laman sesawang filem seluruh dunia. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI