fbpx

Felcra peruntuk RM368 juta perkukuh keselamatan makanan negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mahdzir (berdiri kanan) ketika menyantuni tetamu di Majlis Mesra Aidilfitri Felcra di ibu negara hari ini.

PETALING JAYA – Kementerian Pembangunan Luar Bandar melalui Felcra Berhad telah melaksanakan inisiatif untuk memperkembang serta mengukuhkan gedung makanan utama negara terutama dalam industri penternakan dan pertanian.

Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, ia sebahagian inisiatif bagi merealisasikan aspirasi Perdana Menteri untuk memperkukuh keselamatan makanan negara di semua peringkat rantaian makanan.

“Antara inisiatif Felcra termasuk melaksanakan aktiviti penanaman benih padi wangi tempatan (MRQ 76) dengan kapasiti pengeluaran 300 tan metrik setahun.

“Bukan itu sahaja, melalui anak syarikatnya, Felcra Processing Engineering Sdn. Bhd. telah menjalankan penambahbaikan operasi kilang untuk meningkatkan kapasiti pengeluaran santan sawit jenama Suri,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah Mahdzir, sebelum ini keluaran hanya berkapasiti 30 hingga 60 tan metrik sebulan bagi menampung keperluan domestik.

Selain itu, Felcra bakal melaksanakan penanaman pelbagai jenis padi di Estet Padi Felcra Seberang Perak dengan keluasan 3,263.82 hektar.

“Bagi sektor penternakan pula, Felcra telah melaksanakan projek ternakan lembu integrasi serta kilang pemprosesan makanan ternakan.

“Projek-projek ini telah dilaksanakan dengan menggunakan peruntukan Rancangan Malaysia Ke-12, Rolling Plan 2022,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI