fbpx

Ramai tawar diri nak jadi bibik Eina Azman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
EINA dipuji kerana melayan pembantu rumahnya dengan baik.

MEMPUNYAI majikan yang baik dan sentiasa menjaga kebajikan pekerjanya memang sukar dicari tetapi itulah yang dilakukan Datin Paduka Eina Azman kepada tiga pembantu rumahnya.

Paling mencuri perhatian apabila Eina meraikan ulang tahun kelahiran dan menghadiahkan seutas gelang emas kepada salah seorang pekerjanya.

Selain itu, dia juga membawa para pekerjanya menonton filem KKN Di Desa Penari. Memang beruntung mereka yang bekerja dengan Eina.

Apabila sudah berkongsi perkara begitu, ramai pula yang bertanya tentang jawatan kosong sebagai pembantu rumah Eina.

Tidak kurang juga ada yang memuji cara Eina menjaga dan menghargai para pekerjanya.

“Majikan dari syurgalah dia ni,” puji netizen.

“Seronoknya, ada jawatan kosong untuk bibik lelaki tak?” komen seorang netizen.

“Ada pengambilan pembantu rumah lagi tak Datin? Suka tengok Eina melayan mereka,” kata seorang lagi pengguna Instagram.

Harap muncullah lebih ramai majikan seperti Eina, tidaklah asyik dengar kes dera pembantu rumah lagi.

MIZZ LAHAR: Sakit hati pula dengar perangai beberapa orang artis yang katanya sekarang berubah perangai. Dah tak layan mesej atau panggilan daripada rakan media!

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI