fbpx

Rakyat India semakin gemuk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang lelaki berbadan besar memegang payung semasa menaiki beca di New Delhi pada 4 Jun 2014. - AFP

NEW DELHI – Satu tinjauan terbaharu kerajaan India mendapati bahawa penduduk negara itu semakin gemuk dan bilangan individu yang mengalami obesiti bertambah dengan kadar ketara, lapor Badan Penyiaran British (BBC), semalam.

Pakar kesihatan tempatan memberi amaran bahawa keadaan tersebut boleh mencetuskan situasi kecemasan sektor kesihatan sekiranya tidak ditangani dengan tegas dan pantas.

Pakar bedah dan pengasas Yayasan Obesiti India, Dr. Ravindran Kumeran menyalahkan gaya hidup yang tidak aktif, tabiat mengambil makanan segera, murah dan tidak berzat sebagai penyebab obesiti semakin berleluasa dalam kalangan masyarakat.

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Indeks Jisim Badan (BMI) sebanyak 25 atau lebih dianggap sebagai berat badan berlebihan.

BMI yang dikira dengan mengambil kira ketinggian dan berat individu adalah ukuran yang paling diterima di seluruh dunia untuk mengklasifikasikan seseorang kepada kategori normal, berat badan berlebihan, obes dan obes yang teruk.

Namun, Ravindran dan ramai pakar kesihatan lain percaya bahawa untuk populasi Asia Selatan, ia perlu diselaraskan sekurang-kurangnya dua mata lebih rendah pada setiap peringkat kerana masyarakat di rantau itu terdedah kepada obesiti berpusat.

Ia bermaksud bahawa badan mereka mudah menghasilkan lemak di perut dan ia merupakan titik paling tidak sihat berbanding lebihan berat di mana-mana bahagian badan.

“Jika anda mengambil 23 sebagai paras untuk berat badan berlebihan, saya fikir separuh penduduk India akan dikategorikan berlebihan berat badan” jelasnya.

Menurut WHO, terlalu banyak lemak badan meningkatkan risiko penyakit tidak berjangkit, termasuk 13 jenis kanser, diabetes jenis 2, masalah jantung dan paru-paru.

Pada tahun lepas, obesiti menyumbang 2.8 juta kematian di seluruh dunia. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI