fbpx

Sweden tawar dos kelima vaksin Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEORANG pekerja kesihatan memberi suntikan vaksin kepada seorang lelaki warga emas di klinik vaksinasi sementara di Sollentuna, utara Stockholm pada 2 Mac tahun lalu. - AFP

STOCKHOLM – Kerajaan Sweden akan menawarkan suntikan dos kelima vaksin Covid-19 untuk golongan yang berisiko tinggi termasuk wanita hamil dan warga emas berusia lebih 65 tahun bermula September ini, lapor rangkaian televisyen ABC News semalam.

Pihak berkuasa negara itu turut memaklumkan bahawa ia perlu bersedia untuk menghadapi peningkatan kes semasa musim luruh dan musim sejuk akan datang.

“Vaksin adalah alat yang paling kuat untuk mencegah penyakit serius,” kata Menteri Hal Ehwal Sosial Sweden, Lena Hallengren sambil menambah bahawa wabak itu belum berakhir.

Sementara itu, Agensi Kesihatan Awam Sweden berkata, suntikan tersebut akan diberikan kepada wanita hamil, individu yang mempunyai sistem imun yang lemah, penyakit jantung dan paru-paru.

“Secara amnya, risiko penyakit serius dinilai sebagai rendah untuk orang dewasa di bawah umur 65 tahun yang telah divaksin dengan tiga dos, tetapi meningkat dengan usia dan berbeza dalam kategori berlainan,” kata ketua agensi berkenaan, Karin Tegmark Wisell. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI