fbpx
GAMBAR HIASAN

Tambang e-hailing naik: Kesesakan lalu lintas antara punca

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – Kementerian Pengangkutan (MOT) mendedahkan peningkatan tambang e-hailing ketika ini berpunca daripada permintaan yang tidak seimbang dan kesesakan lalu lintas tinggi menyebabkan masa perjalanan lebih lama.

Menterinya, Datuk Seri Wee Ka Siong berkata, gabungan faktor berkenaan juga telah menjejaskan kualiti perkhidmatan e-hailing.

Beliau berkata, perkara itu diperoleh hasil pertemuan MOT dan Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) dengan pengendali e-hailing (EHO).

“Beberapa syarikat e-hailing menaklumkan mereka berdepan penurunan bilangan pemandu berdaftar sebanyak 30 peratus berbanding sebelum Covid-19 melanda negara.

“Keadaan itu menyebabkan masa menunggu kenderaan di beberapa tempat menjadi lebih lama daripada jangkaan,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Katanya, fasa peralihan ke endemik mulai 1 April 2022 lalu juga menyebabkan berlakunya peningkatan mendadak dalam permintaan perkhidmatan e-hailing.

Ka Siong berkata, faktor-faktor ini telah dikesan mempengaruhi formula pengiraan tambang yang digunakan oleh EHO merangkumi pelbagai faktor termasuk jarak perjalanan, aliran trafik, keadaan cuaca, serta penawaran dan permintaan pasaran. – KOSMO! ONLINE

POPULAR