fbpx

Kesedar serah zakat RM215,307 kepada Maik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abdul Rahman (dua kanan) menyampaikan sumbangan kepada golongan asnaf semasa Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Kesedar di Dewan Dato’ Ariffin Said, Gua Musang hari ini. /FOTO AIMUNI TUAN LAH

GUA MUSANG – Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar) menerusi anak syarikatnya iaitu Kesedar Holding Sdn. Bhd. (KHSB) dan syarikat subsidiari mengagihkan bantuan zakat berjumlah RM215,307 kepada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik) hari ini.

Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad berkata, sumbangan zakat itu merupakan salah satu usaha Kesedar dalam membantu meringankan beban golongan asnaf di negeri ini.

Katanya, ia juga adalah langkah mengurangkan beban kewangan golongan asnaf yang terkesan akibat pandemik yang berlarutan sebelum ini.

“Kita terus komited dalam menunaikan tanggungjawab bagi membantu meningkatkan taraf hidup masyarakat luar bandar di negeri ini.

‘’KHSB juga mengagihkan sumbangan zakat menerusi platform yang sama iaitu berjumlah RM214,049 pada tahun lalu. Sumbangan ini membuktikan anak syarikat Kesedar tidak memfokuskan kepada keuntungan semata-mata,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menyempurnakan Majlis Penyerahan Mock-up Cek kepada Maik pada Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Kesedar di Dewan Dato’ Ariffin Said di sini hari ini.

Penyerahan zakat itu disampaikan kepada wakil Maik iaitu Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam Masjid Razaleigh, Mohd. Amirul Fahmi Abdul Rashid.

Dalam majlis sama, Kesedar turut menyampaikan sumbangan zakat kepada 120 golongan asnaf yang terdiri daripada anak yatim, ibu tunggal, warga emas dan orang kelainan upaya yang diraikan dalam majlis berkenaan. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI