fbpx

Bapa pilu terima diploma arwah anak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fakhruddin (kanan) menerima skrol diploma arwah anaknya daripada Zainab pada konvokesyen itu.

SHAH ALAM – Air mata seorang bapa berlinangan sebaik menerima diploma arwah anak perempuannya pada Konvokesyen Politeknik Banting Selangor (PBS) ke-11 hari ini.

Fakhruddin Kambali, 50, hadir mengambil skrol pada majlis konvokesyen yang diadakan di Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA) di sini, bagi pihak Allahyarhamah Nur Sabrina, 22, yang meninggal dunia akibat komplikasi jantung pada 27 Mac lalu.

Anak ketiga daripada enam beradik itu menerima Diploma Kejuruteraan Mekanikal daripada Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti, Zainab Ahmad.

Menurut Fakhruddin, dia menyedari penyakit anaknya selepas arwah lemah jantung sejak kecil.

“Namun, dia disifatkan seorang yang rajin, lemah lembut dan mempunyai semangat tinggi untuk melanjutkan pelajaran.

“Biarpun sedih, kami sekeluarga amat berbangga dengan kejayaan arwah dan ternyata Allah lebih menyayanginya,” katanya sebak ketika ditemui selepas majlis itu.

Sementara itu, Zainab berkata, statistik kebolehpasaran graduan PBS tahun lalu mencapai peningkatan kepada 95.9 peratus berbanding 94.4 pada tahun sebelumnya.

Pada majlis itu, seramai 365 graduan menerima diploma bagi sesi Disember 2020 iaitu 120 orang dalam Penyenggaraan Pesawat, Kejuruteraan Mekanikal (182) dan Kejuruteraan Mekanikal (Pembuatan) (63). -KOSMO! ONLINE

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, & TikTok

TERKINI