fbpx

Peruntukan RM80 juta Risda, Felcra Berhad laksana sekuriti makanan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ABDUL RAHMAN Mohamad (tengah) sedang menyampaikan sumbangan kepada seorang bakal haji sempena Program Komuniti Sejahtera Majlis Rumah Terbuka KPLB dan Parlimen Lipis di Kuala Lipis, Lipis hari ini.

LIPIS – Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) memperuntukkan sebanyak RM80 juta kepada Pihak Berkuasa Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda) dan Felcra Berhad bagi melaksanakan program bekalan dan sekuriti makanan untuk menjamin kestabilan bekalan makanan negara.

Timbalan Menterinya, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad berkata, peruntukan itu merupakan sebahagian inisiatif Risda dan Felcra Berhad memperkembangkan serta mengukuhkan sektor perladangan dan penternakan yang menjadi antara sumber utama makanan negara.

“Kementerian telah memberi tanggungjawab kepada Felcra Berhad untuk melaksanakan aktiviti dalam sektor penternakan berjumlah RM60 juta bagi ternakan ayam daging yang berpusat di Tanjong Seratus, Rompin, Pahang.

“Kita menyasarkan sebanyak 600,000 ekor ayam daging pada setiap bulan atau satu pusingan tempoh 35 hari pengeluaran untuk pasaran,”katanya pada sidang akhbar sempena Program Komuniti Sejahtera Majlis Rumah Terbuka KPLB dan Parlimen Lipis di Lipis hari ini.

Dalam pada itu, beliau berkata, Risda menerima peruntukan sebanyak RM20 juta bagi tujuan Program Agromakanan melibatkan seramai 1,000 peserta luar bandar di seluruh negara.

Tambah Abdul Rahman, Risda menerusi syarikat miliknya Risda Livestock Sdn Bhd (RLSB) menyasarkan pengeluaran sebanyak 10,000 ekor lembu pada tahun ini untuk menampung keperluan daging tanpa bergantung kepada bekalan  import.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI