fbpx

Asakan ikan Delek Fishing Park buat pemancing teruja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEORANG pemancing menunjukkan hasil tangkapannya di Kampung Delek Fishing Park, Klang.

SUKAR bagi penulis menolak bulat-bulat ajakan rakan, Muhamad Azlan Mohamed Nor atau lebih mesra disapa Abang Lan untuk bertandang ke sebuah kolam air masin Kampung Delek Fishing Park yang terletak di Klang, Selangor.

Menurut Abang Lan, dia menerima jemputan daripada seorang YouTuber terkenal dalam kalangan pemancing di Selangor, Jasni Noor atau lebih dikenali Wak Jas untuk turun merasai sendiri penangan penghuni kolam di situ.

Seawal pukul 9 pagi, penulis tiba di kolam, suasana begitu meriah dengan kelibat para pemancing yang agak ramai.

Kedatangan kami ditunggu Wak Jas dan kami diperkenalkan dengan pemilik kolam, Al Helmi Saad dan pengurusnya, Zaiton Mohamed.

Pada mulanya, Al Helmi dan Zaiton merupakan pelanggan tetap kolam itu sekitar awal tahun 2000, sebelum memutuskan untuk mengambil alih pengurusan pada 2006 hingga sekarang.

Istimewanya kolam di sini, ia menawarkan pelbagai jenis ikan air masin seperti jenahak, siakap, siakap merah, bawal emas dan kerapu rimau, purata bersaiz 2 kilogram (kg) ke atas.

“Kampung Delek Fishing Park mempunyai dua kolam, yang mana kolam di hadapan pintu masuk merupakan kolam 2, manakala kolam 1 di bahagian kanan kaunter pendaftaran,” ujar Zaiton.

Setiap joran dikenakan bayaran RM110 selama empat jam, dengan tambahan masa untuk setiap sejam sebanyak RM24 bagi kedua-dua kolam.

ZAITON dan Helmi bergambar bersama ikan kerapu yang baru diturunkan dari lori penghantar.

Penulis dan Abang Lan memilih untuk ke kolam 1 atas saranan Al Helmi, sambil disokong oleh Wak Jas.

“Penggunaan tali utama berkekuatan 20lb ke atas, manakala untuk perambut pula, 40lb ke atas, namun itu bukanlah jaminan dapat menaikkan ikan jika memancing di kolam 1,” pesan Wak Jas.

Wak Jas yang juga seorang pemancing otai di kolam ini juga sempat menunjukkan kepada penulis kolong yang dikenal pasti didiami kerapu naga (giant grouper) bersaiz mega.

WAK JAS tersenyum selepas umpan disambar ikan jenahak bantal di kolam tersebut.

Dikhabarkan saiz kerapu tersebut hampir 50kg dan sering membuatkan pemancing yang ingin menaikkan ikan tersebut berputih mata apabila kerap kali meloloskan diri ke dalam kolong.

Namun, disebabkan ini pengalaman pertama ke sini, penulis hanya membawa dua set pancing sederhana, setup kekili bersaiz 3000 bersama set mengilat, kedua-duanya dipadankan dengan tali utama 20lb.

Memilih duduk di spot dicadangkan Wak Jas, umpan udang hidup dengan teknik bottom yang dimainkan bersama set mengilat (baitcasting) kepunyaan penulis, tidak menunggu lama untuk dijamah ikan, sekali gus membuat larian ke arah kolong.

SUASANA kolam air masin Kampung Delek Fishing Park, Klang yang menjadi perhatian kaki pancing.

Asakan keras dari ikan membuatkan joran penulis melentur sehingga berbentuk ‘U’, bunyi nyaring drag yang cair menghangatkan suasana kolam.

Merasakan ikan dapat ditewaskan, satu henjutan mengejut dari ikan membuatkan joran terasa kosong di hujung tali secara tiba-tiba, ternyata tali utama yang gunakan putus bergeser dengan kolong.

Keadaan kolam yang meriah membuatkan kami semakin teruja untuk meneruskan aktiviti memancing.

Nasib kurang baik penulis masih berterusan.

Lima kali juga penulis berputih mata, apabila tali utama berkekuatan 40lb putus menahan asakan ikan.

Mujur pada ‘masa tambahan’, penulis berjaya menaikkan seekor siakap merah hampir 2kg sebagai pengubat hati sebelum pulang.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN