fbpx
PENGGUNAAN bahan nyah virus dibolehkan walaupun beralkohol kerana sesetegah ulama tidak menganggapnya sebagai nasjis. – GAMBAR HIASAN

Boleh guna alkohol untuk perubatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

Pada musim Covid-19, kita banyak menggunakan bahan nyah virus berasaskan alkohol. Ada yang kata, bahan itu najis kerana alkohol memabukkan. Hukumnya arak dan arak itu najis. Benarkah pendapat itu?

JAWAPAN:
Isu alkohol najis atau tidak bertitik tolak daripada perbincangan klasik ulama silam, apakah arak itu najis ataupun tidak. Oleh kerana alkohol jenis ethanol atau ethylacohol atau disebut juga grain alcohol merupakan bahan asasi arak yang menjadikan punca sesuatu minuman memabukkan, maka alkohol itulah asas arak atau khamr. Maka, alkohol berada bawah perbincangan arak najis atau tidak.

Para sarjana sepakat tanpa kecuali (ijmak) bahawa arak itu haram diminum dengan nas-nas syarak yang qat’i (putus tanpa tafsiran lain). Perbincangan najis atau tidak arak tidak berkaitan dengan pengharaman meminum arak. Ia berkaitan apakah bahan itu bersih atau najis jika terkena tubuh atau pakaian.

Perbezaan pandangan itu timbul disebabkan beberapa perkara, antaranya kaedah asas bahawa sesuatu bahan itu bersih sehingga terbukti najis.

Maka, untuk membuktikan arak najis, ia memerlukan nas syarak kerana bahan asal arak biasanya daripada bahan-bahan bersih seperti buah-buahan. Dari sinilah berlakunya khilaf dalam kalangan fuqaha (ahli fekah). Ada golongan mendatangkan nas yang menunjukkan ia najis dan ada pula yang menafikan penghujahan itu.

Pendapat jumhur (majoriti) fuqaha menyatakan arak itu najis. Asas pegangan mereka dalam hal ini ialah firman Allah dalam Surah al-Maidah ayat 90: Maksudnya): “Wahai orang-orang yang beriman! Sesungguhnya arak, judi, berhala dan batang-batang anak panah untuk menilik nasib, adalah (semuanya) rijs dari perbuatan syaitan. Maka, hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya.”

Perkataan rijs dalam ayat tadi ditafsir majoriti ulama sebagai najis. Maka dengan itu arak dihukum najis, jika terkena pada pakaian, maka tidak sah solat. Pendapat ini dipegang majoriti ulama dalam empat mazhab utama.

Pendapat kedua menyatakan arak tidak najis, ia cuma haram diminum. Pendapat ini dipegang banyak imam termasuk al-Syeikh Dr Yusuf al-Qaradawi. Antara hujah mereka, kaedah hukum asal setiap benda adalah bersih.

Selagi tiada dalil menunjukkan najis, maka kekal atas sifat asal. Adapun dalil ayat 90 Surah al-Maidah itu, tidak diterima kerana perkataan rijs tidak semestinya bermaksud najis hakiki (hissi). Ia boleh bermaksud kotor dari segi nilai (maknawi).
Untuk mendekatkan faham, dalam Bahasa Melayu, kita sebut ‘najis dadah’ bukan bahan itu najis, tetapi nilainya najis.
Mereka juga berhujah dengan ayat tersebut yang menyatakan “Sesungguhnya arak, judi, berhala, dan batang-batang anak panah untuk menilik nasib, adalah (semuanya) rijs dari perbuatan syaitan.”

Jika arak najis, maka judi, batu berhala, anak panah untuk menenung nasib juga najis hissi (hakiki). Tiada siapa yang menyatakan batu berhala atau wang atau bahan judi atau anak panah semua itu najis yang membatalkan solat. Lebih jelas lagi, ayat tersebut menyebut “dari perbuatan syaitan”, erti maknawinya jijik.

Kita perlu faham, bukan semua bahan haram itu najis. Emas dan sutera haram dipakai lelaki, tetapi tidak najis. Ertinya, haram tidak semestinya najis, namun setiap yang najis pastinya haram.

Dengan menerima pendapat menyatakan arak tidak najis, banyak instutusi dan badan fatwa mengeluarkan pandangan, boleh guna alkohol termasuk bagi tujuan perubatan.

Antaranya Islamic Organization for Medical Sciences Kuwait yang memutuskan: “Bahan alkohol tidak najis di sisi syarak berdasarkan apa yang diputuskan iaitu hukum asal sesuatu bahan bersih, sama ada alkohol itu sepenuhnya atau campuran dengan air.

Berasaskan ini, maka tidak menjadi kesalahan syarak menggunakan alkohol untuk tujuan perubatan seperti antiseptik dan disinfectant untuk kulit, luka dan alatan.

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN