fbpx
Eka mendapat tahu bahawa suaminya menghidap OCD, sehari selepas mereka berkahwin. - Instagram @kasyiru__.

Wanita dicerai selepas 8 hari berkahwin kerana suami terlampau cerewet

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA – Seorang wanita di Indonesia meluahkan rasa kecewa kerana diceraikan suaminya hanya selepas lapan hari mereka berkahwin, lapor portal berita Wolipop.

Menurut Eka S Rufaidah, selepas berkahwin, suaminya sering marah-marah pada perkara-perkara kecil. 

Dia mendapat tahu bahawa suaminya menghidap keadaan kesihatan mental digelar Obsessive Compulsive Disorder (OCD), sehari selepas mereka berkahwin yang membuatkan lelaki itu menjadi sangat cerewet.

“Setiap peralatan di rumah perlu disteril dan dia juga tidak suka orang lain mengemas jika rumahnya dalam keadaan berselerak.

“Dia juga pernah menyuruh saya menyiapkan makanan dan merendam sudu yang akan digunakan ke dalam air panas. Tanpa disengajakan, pakaian saya terkena nasi itu dan ia membuatkan suami naik angin.

“Saya berasa takut melihatkan emosinya yang tidak stabil,” katanya.

Tambah Eka, dalam satu kejadian lain, suaminya menyuruh dia membuang beras yang sudah dicuci hanya kerana kaedah cucian wanita itu tidak sama seperti cara suaminya.

“Selain itu, ada satu ketika apabila perut saya berasa sakit kerana masalah senggugut. Saya meletakkan bantal tidur di paha bagi mengalas perut yang sedang sakit.

“Secara tiba-tiba, dia menjerit kepada saya dan berkata bahawa saya ialah isteri yang tidak taat,” ujar wanita itu.

Keesokan harinya, Eka berkata, dia meminta kebenaran suaminya untuk pulang ke rumah ibu bapanya secara sendirian.

“Pada 14 Mac, dia mengirim pesanan pada aplikasi WhatsApp dan menceraikan saya begitu sahaja.

“Saya berharap tiada wanita lain yang menerima nasib sama seperti saya dan untuk kaum lelaki, pernikahan bukanlah satu perkara main-main,” katanya. – Agensi  

POPULAR