fbpx

PDRM siasat dakwaan penjualan data rakyat Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang menjalankan siasatan berhubung dakwaan penjualan data rakyat Malaysia yang diambil dari pangkalan data Jabatan Pendaftaran Negara(JPN).

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Mohd. Kamarudin Md. Din berkata, setakat ini, pihaknya mengesahkan telah menerima satu laporan polis berhubung isu berkenaan.

“Siasatan sedang dijalankan bagi menentukan kesahihan dakwaan yang dibuat. Orang ramai digesa agar tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan isu ini.

“Polis juga memberi jaminan bahawa siasatan sewajarnya akan dilaksanakan bagi memastikan isu sebegini dapat ditangani dengan segera,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Terdahulu, beberapa laman berita teknologi melaporkan kumpulan penggodam mendakwa mempunyai butiran peribadi 22.5 juta rakyat Malaysia daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk dijual.

Pangkalan data pertama untuk dijual didakwa mengandungi 22.5 juta rekod yang diperoleh daripada Antara Muka Pengaturcaraan Aplikasi (API) MyIdentity JPN meliputi populasi dewasa di Malaysia.

Antara butiran yang bocor ialah nombor MyKad, nama, tarikh lahir, alamat rumah, jantina dan nombor telefon berdaftar milik mereka yang lahir antara 1940 dan 2004. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI