fbpx

Bilik di sebuah kuarters musnah terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Shahidan (kanan) melawat kediaman yang terbakar di Presint 9, Putrajaya hari ini.

PUTRAJAYA – Dua beranak terselamat daripada musibah apabila rumah yang didiami dijilat api dalam kejadian pada pukul 1.37 petang tadi.

Dalam kejadian di sebuah unit kuarters di Presint 9 itu, mangsa yang juga ibu dan anak tiada di rumah dan mereka keluar dari rumah berkenaan setengah jam sebelum kejadian itu.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Putrajaya, Mohd. Afizi Zolkifli berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pukul 1.37 petang dan tiba di lokasi kejadian enam minit kemudian.

Beliau berkata, seramai 11 anggota dari Balai Bomba Presint 7 manakala enam lagi daripada Balai Bomba Presint 14 dikerahkan ke tempat kejadian bagi memadan kebakaran.

“Sejurus tiba di lokasi, Pasukan Keluaran Operasi (PKO) mengesan kepulan asap tebal keluar dari rumah berkenaan.

“Selepas memastikan tiada mangsa yang berada di dalam rumah itu, pihak PKO terus melaksanakan pemadaman kebakaran,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Katanya, kebakaran membabitkan sebuah bilik utama kediaman dan ia terbakar hampir 10 peratus, manakala punca kebakaran dan jumlah kerugian harta benda masih dalam siasatan.

Sementara itu, Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Shahidan Kassim turut berkesempatan melawat kediaman itu pukul 5 petang tadi selain turut menghulurkan bantuan kepada mangsa. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI