fbpx

Malaysia mohon tambahan 5,000 kuota haji

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Malaysia memohon tambahan 5,000 lagi kuota jemaah haji daripada Kerajaan Arab Saudi.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad berkata, permohonan itu bagaimanapun bergantung kepada kelulusan dan bidang kuasa kerajaan Arab Saudi.

“Kerajaan berusaha untuk tambahkan lagi kuota haji untuk jemaah Malaysia. Setakat ini 5,000 kuota yang diminta untuk ditambah.

“Apapun ia bergantung kepada kerajaan Arab Saudi untuk menentukannya,” katanya menerusi hantaran di laman Facebook hari ini.

Katanya, beliau sentiasa mendengar permohonan rakyat yang meminta agar kuota ditambah.

Bagaimanapun, katanya, dalam upaya yang ada, beliau akan berusaha sehabis baik walaupun ia di bawah bidang kuasa kerajaan Arab Saudi.

Pada masa sama, Idris berkata, Lembaga Tabung Haji (Tah) ketika ini sedang giat membuat persiapan yang terbaik untuk memastikan jemaah Malaysia dapat menunaikan haji dengan sempurna mungkin tahun ini.

Kerajaan sebelum ini mengumumkan kuota rasmi haji untuk Malaysia bagi tahun ini (1444 Hijrah) ditetapkan kepada 14,306 jemaah. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI