fbpx

KKM perluaskan penggunaan paxlovid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ismail Sabri (tengah) menerima buku Inisiatif Malaysia Hidup Bersama Covid-19 daripada Khairy Jamaluddin (dua dari kanan) pada Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Kementerian Kesihatan Malaysia Tahun 2022 di PICC, Putrajaya hari ini. /FOTO FAISOL MUSTAFA

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan (KKM) bersetuju mengagihkan paxlovid iaitu ubat antiviral Covid-19 ke hospital swasta, klinik swasta dan hospital pengajar supaya penggunaannya dapat diperluaskan.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, berdasarkan laporan diterima, pesakit yang telah diberikan ubat tersebut pulih dan sembuh daripada Covid-19 dan setakat ini, ia sangat berkesan.

“Sejak semalam kita telah berikan seramai 405 pesakit Covid-19 dengan ubat paxlovid. Justeru saya telah minta kita tingkatkan lagi dan sebelum ini, penggunaannya agak terhad hanya bagi mereka berisiko tinggi.

“Cuma sekarang masih lagi tumpu kepada mereka yang berisiko tinggi tetapi kumpulan yang hendak diberi itu telah diperbesarkan.

“Kita banyak bagi kepada klinik kesihatan dan bukan hospital kerana ia mesti diambil selewat-lewatnya lima hari selepas menunjukkan gejala bagi mengelakkan masuk ke hospital,” katanya pada Sambutan Hari Raya Aidilfitri KKM di sini hari ini.

Hadir sama, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang meluangkan masa kira-kira setengah jam pada majlis sambutan hari raya tersebut.

Dalam pada itu, beliau berkata, secara keseluruhan kadar kebolehjangkitan RT menurun kepada 1.04, manakala kematian Covid-19 merekodkan satu angka walaupun terdapat peningkatan kemasukan ke hospital namun untuk kategori satu dan dua melibatkan warga emas dan individu dengan komorbid. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI