fbpx

CPI Malaysia kurang memberangsangkan isyarat penting banteras rasuah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Zuki diiringi Ketua Pegawai Eksekutif Institut Integriti Malaysia (IIM), Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi (kanan) melancarkan AIGA 2022 di Hotel Le Meridien, Putrajaya hari ini. /FOTO FAISOL MUSTAFA

PUTRAJAYA – Peralihan kedudukan negara di Indeks Persepsi Rasuah (CPI) daripada kedudukan ke-57 pada 2020 kepada kedudukan yang ke-62 tahun ini merupakan satu realiti pahit yang perlu diterima dengan hati terbuka.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Zuki Ali berkata, negara kini berada di fasa baharu endemik dalam berdepan dengan Covid-19 yang bermakna, kehidupan rakyat dan pembangunan negara sudah hampir seperti sedia kala.

“Walaubagaimanapun, realiti pahit yang perlu kita terima dengan hati terbuka adalah apabila CPI Malaysia menunjukkan kedudukan yang kurang memberangsangkan kebelakangan ini.

“Meskipun ia sekadar persepsi, realiti itu merupakan isyarat penting untuk terus tekad membanteras gejala rasuah dengan membudayakan integriti yang tinggi dalam kalangan agensi dan individu sama ada dalam perkhidmatan awam mahu pun swasta,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelancaran Anugerah Integriti, Governans dan Antirasuah (AIGA) 2022 Peringkat Kebangsaan di sini hari ini.

Majlis AIGA berkenaan merupakan lanjutan kepada penganjuran AIGA 2020 Peringkat Negeri Pahang yang telah julung kali diadakan pada 26 Oktober 2021 anjuran IIM bersama ralan strategik iaitu Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang dan Yayasan Pahang.

AIGA merupakan salah satu daripada pendekatan baharu yang diperkenalkan oleh Institut Integriti Malaysia (IIM) tahun ini dalam usaha memperkasakan peranannya sebagai peneraju utama pembudayaan dan penerapan nilai-nilai integriti serta tadbir urus bagi rakyat Malaysia.

Mohd. Zuki berkata, anugerah tersebut diharapkan dapat menjadi mekanisme penanda aras terbaik bagi organisasi awam mahupun swasta dalam membudayakan integriti, tadbir urus terbaik dan antirasuah.

Beliau yang juga merupakan Pengerusi Lembaga Pengarah IIM berkata, anugerah tersebut adalah selari dengan aspirasi yang digariskan dalam Pelan Antirasuah Nasional (NACP) supaya Malaysia dikenali kerana integriti dan bukannya rasuah.

“Anugerah ini julung kalinya diadakan di peringkat kebangsaan dan setakat ini tiada anugerah seumpamanya di Malaysia malah bermula tahun ini AIGA Peringkat Kebangsaan akan dijadikan acara tahunan IIM.

“Tahun ini AIGA 2022 akan membuka tirainya di peringkat kebangsaan malah ia juga akan diperkembangkan ke negeri-negeri lain seperti Pahang, Sarawak, Johor, Melaka dan Perak,” ujar beliau.  – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI