fbpx

2,239 kes Covid-19 dilaporkan semalam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Jangkitan Covid-19 merekodkan sebanyak 2,239 kes, menjadikan jumlah keseluruhan kes di Malaysia sebanyak 4,478,112 kes.

Berdasarkan data pada laman web CovidNow, daripada kes yang dilaporkan semalam, terdapat tiga kes import mendapat jangkitan dari luar negara.

Dalam masa sama, sebanyak 1,263 kes sembuh direkodkan dengan jumlah keseluruhan kes sembuh daripada Covid-19 sebanyak 4,411,762 kes.

“Kesemua kes harian tersebut dilaporkan di Selangor (1,148 kes), Kuala Lumpur (338 kes), Pulau Pinang (171 kes), Negeri Sembilan (112 kes), Perak (105 kes), Johor (87 kes), Melaka (81 kes), Kedah (43 kes) dan Sabah (43 kes).

“Seterusnya, Sarawak (30 kes), Pahang (28 kes), Terengganu (17 kes), Putrajaya (15 kes), Kelantan (13 kes), Perlis (enam kes) dan Labuan (dua kes),” demikian maklumat tersebut di sini hari ini.

Dalam masa sama, tiga kes kematian Covid-19 dilaporkan menjadikan jumlah kematian terkini sebanyak 35,615 kes serta satu kes meninggal dunia di luar hospital atau brought in death (BID) dengan jumlah kes BID 7,542 kes.

Sebanyak 30,735 kes aktif dilaporkan melibatkan 29,516 kes dikuarantin di rumah, empat kes di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), 1,170 kes di hospital, 22 kes di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa bantuan pernafasan dan 23 kes di ICU dengan bantuan pernafasan. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI