fbpx

Ruhainies serik jaja kisah cinta, baik berdiam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RUHAINIES

PETALING JAYA – Dilihat sudah tidak lagi membuat perkongsian tentang momen bahagia dengan kekasih hati, pelakon cantik Ruhainies mengakui sudah mengambil pendekatan untuk tidak lagi menjaja kisah cintanya bersama jejaka yang dikenali sebagai Mr. E untuk tatapan umum dalam media sosial.

Kata Ruhainies kepada Kosmo! Online, seiring dengan peningkatan usia yang kini menginjak 30 tahun, dia mahu lebih berhati-hati dalam setiap perkara yang mahu dikongsikan kepada umum.

“Kalau sebelum ini mungkin saya sering kongsi dan tayang mengenai kekasih hati kerana dia adalah cinta pertama saya.

“Tapi sekarang perkara itu sudah tidak akan ada lagi (muat naik hantaran). Saya banyak belajar daripada pengalaman lampau sebelum ini,” katanya.

Tambah pelakon drama Lelaki Lingkungan Cinta itu, tidak semua perkara boleh dikongsikan secara melulu dalam media sosial lebih-lebih lagi sesuatu yang bersifat peribadi.

“Jadi, sekarang ini saya lebih selesa berkongsi mengenai perkembangan kerjaya, bisnes dan perkara berkaitan bidang seni sahaja,” katanya.

Ditebak mengenai status hubungannya bersama Mr. E, Ruhainies atau nama sebenarnya Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilya menyerahkan urusan jodoh dan status hubungan mereka kepada aturan Tuhan.

“Kalau ditanya kepada sesiapa pun, pasti mereka mahukan jodoh terbaik dalam hidup yang boleh membimbing dan menerima, begitu juga saya.

“Bab jodoh saya enggan ulas panjang. Biarlah keluarga sahaja yang tahu status dan hala tuju hubungan tersebut.

“Saya serahkan semuanya kepada Allah kerana Dia lebih mengetahui. Doakan saya dikurniakan jodoh yang terbaik,” tuturnya.

Terdahulu, adik kepada pelakon Risteena Munim itu sering kali memuat naik berkongsi mengenai kisah cintanya bersama jejaka yang dikenali sebagai Mr. E dalam media sosial hingga mengundang persoalan dan cakap-cakap netizen.

Namun, sejak kebelakangan ini, dia jarang sekali berkongsi perihal mengenai kekasihnya itu sekali gus mengundang persoalan, adakah hubungan mereka sedang berantakan atau menemui titik penamat.

Ruhainies juga dalam satu kenyataan sebelum ini mengakui sedang bahagia menjalin cinta dengan jejaka itu dan ada merancang untuk ke fasa perkahwinan tetapi bukanlah dalam waktu terdekat. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI