fbpx

Rambut Mimi Lana dipuji cantik, persis Rogue X-Men!

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BIARPUN nampak seperti uban, stail rambut putih Mimi Lana tetap dipuji peminat bahkan disamakan dengan watak Rogue dalam filem adiwira X-Men.

LAMA tidak mendengar cerita tentang si tinggi lampai Mimi Lana dalam radar dunia hiburan.

Mungkin dia menjauhkan diri dari cerita-cerita panas yang boleh menjatuhkan reputasi.

Namun, baru-baru ini foto terbaharu yang dikongsi dalam Instagramnya mencuit perhatian ramai, terutama tentang gaya rambutnya.

Mewarnakan rambut bahagian depannya dengan warna putih, ramai yang menyatakan gaya Mimi saling tidak tumpah seperti satu karakter dalam filem X-Men iaitu Rogue.

“Suka gaya rambut baharu Mimi, macam Rogue X-Men,” puji peminatnya.

Selain itu, ramai juga memuji dan cemburu dengan bentuk badan Mimi yang sememangnya menjadi idaman para wanita di luar sana.

“Ini ‘body goal’. Cantik sangat,” komen netizen.

Harap jangan pula ramai sakit hati dengan kecantikan Mimi ya.

DIVA: Bila agaknya nak dapat berita gembira tentang hubungan Mimi dan Syafiq Kyle ya?

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI