fbpx

India benar-benar cipta magis rangkul Piala Thomas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GANDINGAN Satwiksairaj Rankireddy-Chirag Shetty mengejutkan pasangan berpengalaman, Mohammad Ahsan-Kevin Sanjaya Sukamuljo dengan kemenangan 18-21, 23-21, 21-19. - AFP

BANGKOK – Pasukan India mempamerkan aksi dalam kelas tersendiri untuk menewaskan juara bertahan, Indonesia 3-0 untuk menjulang kejuaraan Piala Thomas buat kali pertama dalam sejarah sebentar tadi.

Pada aksi di Arena Impact itu, skuad India bermula dengan langkah kanan selepas jaguh perseorangan mereka, Lakshya Sen melakar kemenangan ke atas Anthony Sinisuka Ginting dengan keputusan 8-21, 21-17, 21-16 dalam tempoh 65 minit.

Hasrat skuad Sang Garuda untuk menyamakan kedudukan tidak kesampaian selepas beregu muda India, Satwiksairaj Rankireddy-Chirag Shetty mengejutkan pasangan berpengalaman, Mohammad Ahsan-Kevin Sanjaya Sukamuljo dengan kemenangan 18-21, 23-21, 21-19 dalam tempoh 73 minit.

Kelebihan meraih keputusan 2-0 memberi ketenangan buat perseorangan kedua India, Srikanth Kidambi untuk merekodkan kemenangan straight set ke atas Jonathan Christie 21-15, 23-21 dalam masa 43 minit.

Kemenangan tersebut menyaksikan India melengkapkan ‘kisah dongeng’ mereka untuk menjadi kuasa besar baharu arena badminton antarabangsa selepas terlebih dahulu menyingkirkan Malaysia di peringkat suku akhir dan Jepun di pentas separuh akhir. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI