fbpx

Israel ‘serang’ upacara pengebumian Shireen Abu Aqleh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
POLIS Israel menyerang pembawa keranda wartawan Al-Jazeera yang terbunuh, Shireen Abu Akleh di Baitulmuqaddis semalam. – AFP

BAITULMUQADDIS – Polis Israel telah menyerbu beribu-ribu orang yang menghadiri perarakan pengebumian wartawan Al Jazeera, Shireen Abu Akleh di Baitulmuqaddis. 

Rakaman televisyen menunjukkan beberapa penduduk bergelut untuk mengelakkan keranda berisi jenazah wartawan itu daripada jatuh ke tanah ketika polis Israel yang bersenjatakan belantan menyerbu ke arah mereka.

Mereka turut merampas bendera Palestin daripada orang-orang yang berkabung.

Washington menyatakan kekesalan atas kejadian yang berlaku, manakala Kesatuan Eropah (EU) terkejut atas serangan yang tidak berkeperluan itu.

Menurut Bulan Sabit Merah di Baitulmuqaddis, seramai 33 orang cedera semasa perarakan di mana enam daripada mereka dimasukkan ke hospital.

Polis Israel memaklumkan bahawa mereka telah membuat enam tangkapan.

Seorang pegawai zionis berkata serbuan dibuat kerana kumpulan yang mengikuti pengebumian telah membaling batu dan botol kaca ketika upacara berlangsung. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI