fbpx
IKLAN tersebut menerima 24 aduan setelah dipaparkan di Twitter poster. – CNN

Iklan bra sukan Adidas diharamkan di Britain

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON – Iklan Adidas yang menampilkan foto wanita memakai coli tanpa baju telah diharamkan di Britain oleh Pihak Berkuasa Piawaian Pengiklanan (ASA), lapor stesen penyiaran CNN semalam.

Syarikat itu mengeluarkan bahan promosi untuk coli sukan pada Februari lalu dengan menampilkan grid gambar beberapa wanita tidak berbaju.

Foto yang dimuat naik di lama Twitter dan dua poster itu bertujuan untuk menyatakan bahawa coli keluaran terbaharu syarikat itu tersedia untuk pelbagai bentuk badan dan saiz.

ASA memaklumkan telah menerima 24 aduan mengenai iklan tersebut.

Ada yang menganggap bahawa penampilan model tanpa baju sebagai tidak wajar kerana dilihat menggunakan wanita secara seksual dengan mendedahkan anggota badan mereka, demikian keputusan ASA pada Rabu lalu.

Bagaimanapun, ada juga yang menganggap bahawa iklan itu sesuai untuk dipaparkan dan boleh ditonton oleh kanak-kanak. 

Kedua-dua aduan itu dikekalkan dan iklan itu tidak boleh muncul lagi dalam bentuk yang diadukan, kata pihak berkuasa.

ASA mengakui tujuan sebenar iklan itu dipaparkan adalah untuk menunjukkan bahawa payudara wanita berbeza dalam bentuk dan saiz yang berkaitan dengan coli sukan yang diiklankan.

“Kami melihat payudara tanpa baju sebagai kebogelan yang jelas. Kami mendapati payudara adalah tumpuan utama dalam iklan dan kurang beri penekanan pada bra itu sendiri kerana hanya dirujuk dalam teks yang disertakan,’’ kata ASA. – Agensi

POPULAR