fbpx

Wanita bunuh suami pemalas, masak buah zakar mangsa dalam ketuhar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SRDJAN Peric (kiri) dibunuh oleh isteri Tereza Peric dengan merebus kemaluan mangsa di dalam ketuhar. - srdjan.peric.906/Newsflash

BELGRADE – Seorang wanita Serbia ditahan kerana disyaki membunuh suaminya dengan memotong buah zakar mangsa menggunakan gergaji rantai lalu memasaknya di dalam ketuhar, lapor akhbar Daily Star semalam.

Suspek, Teresa Peric, 46, dipercayai memberi dadah kepada Srdjan Peric, 42, sebelum menikamnya sehingga maut, memotong badan mangsa lalu merebus mayatnya di dalam kuali besar.

Pembunuhan ngeri itu dilaporkan berlaku di rumah keluarga berkenaan di bandar Zrenjanin, Serbia kira-kira pukul 9 malam (waktu tempatan) pada Selasa lalu.

Anak perempuan kepada wanita itu dikatakan menjadi saksi pembunuhan yang mengerikan. Remaja itu lahir hasil perkahwinan Teresa sebelum ini dan hanya dikenali sebagai D. Lj.

Pasangan itu dilaporkan telah bersama selama dua tahun dan punca kejadian dipercayai disebabkan sikap pemalas Srdjan yang enggan bekerja.

Penduduk tempatan melaporkan bahawa pasangan itu kerap berpisah dan kemudian kembali bersama.

Teresa dikatakan mempunyai empat anak hasil daripada empat perkahwinan berbeza. Tiada seorang pun daripada mereka adalah anak Srdjan. 

Kedua-duanya dilaporkan mengambil ubat untuk merawat masalah mental yang tidak dinyatakan dengan jiran mendakwa Teresa juga menggunakan dadah.

Apabila polis tiba di lokasi kejadian, mereka mendapati mangsa berada dalam keadaan berlumuran darah dan Teresa telah ditangkap kerana disyaki membunuh. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI