fbpx

Thailand edar sejuta pokok ganja kepada penduduk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

BANGKOK – Kerajaan Thailand akan mengedar lebih sejuta pokok ganja secara percuma kepada rakyatnya di seluruh negara Jun ini bagi menandakan pelaksanaan undang-undang baharu yang membenarkan orang ramai menanam tumbuhan itu di rumah.

Menurut laman berita Wion News, Menteri Kesihatannya, Anutin Charnvirakul menerusi pengumuman pada laman Facebook miliknya berkata, beliau berhasrat untuk menjadikan pokok ganja sebagai tumbuhan yang ditanam di rumah.

Di bawah undang-undang baharu itu yang akan berkuat kuasa pada 9 Jun, penduduk Thailand boleh menanam pokok ganja di rumah, namun selepas mendapat kebenaran dari kerajaan tempatan.

Tumbuhan itu pula mesti terdiri daripada gred perubatan dan hanya digunakan untuk tujuan tersebut.

Selain itu, undang-udang tersebut turut melarang penduduk daripada menanam pokok ganja untuk tujuan komersial tanpa memperoleh lesen yang sah.

Individu yang didapati menanam tumbuhan itu tanpa kebenaran kerajaan akan didenda sehingga 20,000 baht (RM2,526) dan menetapkan denda sehingga 300,000 baht (RM37,900) atau tiga tahun penjara, atau kedua-duanya jika menjualnya tanpa kebenaran.

Dalam satu hantaran lain di Facebook pada 10 April, Anutin berkata, syarikat-syarikat negara itu yang telah berdaftar boleh menjual ganja yang mengandungi kurang daripada  0.2 tetrahydrocannabinol atau THC, bahagian dalam tumbuhan itu yang menyebabkan seseorang berasa khayal.

“Langkah ini membolehkan kerajaan dan rakyat menjana perolehan lebih 10 bilion baht (RM1.26 bilion) setahun daripada marijuana dan rami,” ujarnya. – Agensi 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI