fbpx

Korea Utara catat kes pertama Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KAKITANGAN menyembur cecair pembasmi kuman dan mengelap permukaan sebagai langkah pencegahan Covid-19 di sebuah pasar raya di Pyongyang, 19 Mac lalu. - AFP

PYONGYANG – Korea Utara mengesahkan kes pertama Covid-19 di negara itu, dan disusuli dengan pengisytiharan ‘darurat serius’ oleh Pemimpin Tertingginya, Kim Jong-un yang mengarahkan perintah berkurung dilaksanakan.

Negara itu sebelum ini tidak pernah mengakui terdapat sebarang kes Covid-19. Pyongyang turut melaksanakan sekatan sempadan yang ketat di semua pintu sempadannya sejak permulaan pandemik pada 2020.

Bagaimanapun, beberapa sampel yang diambil daripada pesakit yang demam di Pyongyang dilaporkan menyamai dengan varian Omicron BA.2, demikian menurut agensi berita Korean Central News Agency  (KCNA).

Susulan penemuan itu, Jong-un dan pegawai-pegawai tertingginya mengadakan mesyuarat tergempar bagi membincangkan mengenai perkembangan terbaharu itu dan mengumumkan bahawa ia akan melaksanakan ‘sistem pencegahan wabak kecemasan maksimum’.

“Jong-un mengarahkan semua bandar dan daerah di seluruh negara agar melaksanakan perintah berkurung.

“Beliau turut berkata bahawa tujuan mesyuarat itu diadakan adalah untuk menyembuhkan jangkitan dan menghapuskan punca penyebaran virus,” kata KCNA.

Bagaimanapun, maklumat lanjut mengenai jenis sekatan yang akan dilaksanakan belum dikeluarkan. Angka jangkitan juga tidak dinyatakan dalam laporan tersebut.

Pakar-pakar percaya bahawa Korea Utara tidak pernah memberi vaksinasi kepada penduduknya yang berjumlah 25 juta orang.

Negara itu juga telah menolak program vaksinasi yang ditawarkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), China dan Rusia. – AFP  

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI