fbpx

Bank Islam semak kadar asas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Muazzam

PETALING JAYA – Sejajar dengan pengumuman langkah terbaharu Bank Negara Malaysia (BNM) meningkatkan kadar dasar semalaman (OPR) sebanyak 25 mata asas (bps) daripada 1.75 peratus kepada 2.00 peratus, Bank Islam Malaysia Berhad (Bank Islam) menyemak semula kadar asas (BR) dan kadar pembiayaan asas (BFR) sebanyak 25 bps, masing-masing kepada 2.77 peratus dan 5.72 peratus.

Pada masa sama, kadar deposit Bank Islam juga akan diselaraskan ke atas sebanyak 25 bps. Kesemua perubahan ini akan berkuat kuasa pada 17 Mei 2022.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Bank Islam, Mohd. Muazzam Mohamed berkata, semakan itu sejajar dengan langkah terbaharu BNM untuk meningkatkan OPR.

“Bank Islam amat peka akan cabaran semasa yang dihadapi pelanggan dan memberi jaminan bahawa bantuan kewangan kami kekal tersedia bagi membantu mereka mengukuhkan kedudukan kewangan,” katanya dalam satu kenyataan.

Semakan terakhir BR Bank Islam telah dilaksanakan pada 10 Julai 2020, melibatkan penurunan daripada 2.77 peratus kepada 2.52 peratus, manakala BFR diturunkan daripada 5.72 peratus kepada 5.47 peratus. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI